Peraturan Show jumping

Pemarkahan asal

Pemain menjalani balapan

Senarai asal fault yang diperkenalkan di Britain pada 1925 adalah seperti berikut:

  • Enggan melompat atau mengelak mana-mana pagar:
pertama: 4 faultkedua: penyingkiran (ELM)
  • Kejatuhan kuda, penunggang atau kedua-duanya: penyingkiran
  • Sentuhan: Jika kuda tersentuh pagar tanpa menjatuhkannya, tiada fault
  • Kaki depan menjatuhkan susur: 4 fault
  • Kaki belakang menjatuhkan susur: 4 fault
  • Kaki termasuk air: 4 fault tanpa mengira berapa batang kaki. Bagaimanapun, tiada fault jika halangan di depan air dijatuhkan.
  • Kegagalan untuk mengatasi penentu masa di awal atau akhir boleh menyebabkan penyingkiran.

Peraturan moden

Pelanggaran ini akan dikenakan 4 "fault"

Semenjak itu telah berlakunya banyak perubahan pada peraturan, dengan pelbagai persatuan kebangsaan yang menetapkan bermacam-macam kelas dan peraturan.[1] Lembaga pengawalseliaan antarabangsa untuk kebanyakan pertandingan show jumping terkemuka ialah Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa (FEI).[2] Dua jenis penalti yang paling umum adalah penalti lompatan dan penalti masa.

  • Penalti lompatan: Dinilai untuk keingkaran dan pelanggaran, setiap satunya menambah empat fault pada markah pemain.
  • Penalti untuk pelanggaran dikenakan hanya jika pelanggaran mempengaruhi ketinggian atau kelebaran lompatan. Jika si kuda atau penunggangnya terlanggar susur bawah atau tengah sementara masih melepasi ketinggian halangan, asalkan susur-susur itu betul-betul di bawah susur atas, mereka tidak dikenakan penalti. Penalti dinilai di air terbuka apabila sebarang kaki si kuda tersentuh air atau pita putih yang menandakan sempadannya. Jika susur dipasang di tengah-tengah air, maka fault tidak terkumpul kerana menyentuh air.
  • Keingkaran: Keingkaran kini dikenakan empat fault. Dalam beberapa tahun yang lepas, FEI telah mengurangkan bilangan keingkaran untuk penyingkiran dari tiga ke dua.
  • Keingkaran yang menjejaskan keutuhan lompatan (merempuh pagar daripada melompatnya, mejatuhkan tiang, pintu pagar atau bunga, merosakkan rumput atau tanah) tidak dikenakan empat fault kerana melanggar, sebaliknya dijatuhi empat fault kerana enggan serta penalti tambahan apabila penentu masa dihentikan untuk membuat pembaikan atau menggantikan lompatan. Keingkaran dalam kombinasi (dua pagar ke atas berturut-turut dengan hanya satu ke dua langkah jarak di antaranya) mesti melompat semula seluruh kombinasi.
  • Penalti masa: Dahulu, peraturan masa yang am adalah penalti 1/4 saat untuk setiap saat atau sebahagian saat tertentu dalam masa yang dibenarkan. Sejak awal 2000-an, peraturan ini diubah oleh FEI supaya setiap saat atau bahagian saat dalam masa yang dibenarkan akan menyebabkan satu penalti masa (cth. dengan masa dibenarkan 72 saat, masa 73.09 saat akan dikenakan dua fault masa).
  • Kombinasi: Keengganan di sebarang lompatan dalam kombinasi menyebabkan si kuda terpaksa mengulangi seluruh kombinasi, dan bukan sahaja halangan yang diingkari. Misalnya, si kuda boleh melompat pagar "A" dan "B" tanpa hal, tetapi enggan di halangan "C", maka dari situ si penunggang terpaksa berpusing kembali untuk melompat pagar "A" semula, sekaligus memberi si kuda peluang kedua untuk mengingkari atau melanggar "A" dan "B". Walaupun dikira sebagai satu halangan, namun setiap elemen yang dilanggar boleh mengenakan fault. Oleh itu, jika setiap satu daripada tiga pagar dalam kombinasi ganda tiga dilanggar jatuh, maka si penunggang akan menerima 12 fault (4 sepagar, daripada 4 fault untuk seluruh halangan).

Berkaitan